

KENT, Britain - Seorang wanita, Sarah Walsh menggunakan laman jaringan sosial, Facebook dengan bertindak menyiarkan mukanya yang lebam dan berlumuran darah selepas sebuah mahkamah membebaskan lelaki yang memukulnya dalam satu perbalahan mengenai teksi, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki yang memukulnya itu ialah teman seorang rakan perempuannya.
Walsh, 21, menyiarkan gambar mukanya itu dengan tujuan untuk meminta mangsa yang berasa teraniaya oleh keputusan mahkamah tampil ke depan bagi membolehkan dia mendesak satu perubahan dilakukan terhadap sistem kehakiman.
Pelajar kolej itu patah hidung dan tulang rahang selain cedera di pipi akibat ditumbuk oleh Terry Day.
Namun, dia cuma mampu berputih mata apabila sebuah mahkamah membebaskan Day, 40, setelah lelaki itu mengaku bersalah menyebabkan kecederaan.
Penyerangnya itu cuma menerima hukuman penjara tertangguh 90 hari, 200 hari kerja komuniti selain diperintah membayar kos mahkamah sebanyak £100 (RM551) dan membayar ganti rugi £750 (RM4,139) kepada mangsa.
Walsh ditumbuk ketika cuba membantu rakan karibnya, Chelsea yang dipukul Day setelah dia berang kerana teksi tidak tiba mengikut jadual.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: