|
Penyanyi utama kumpulan Ungu, Pasha banyak kontroversi di negaranya lebih-lebih lagi selepas bercerai. Antaranya kes mengasari bekas isteri sehingga diperintah oleh mahkamah untuk tidak keluar daripada daerah Bogor. Bagaimanapun baru-baru ini Pasha dan Ungu mengadakan sidang akhbar dan juga terlibat dalam persembahan anjuran Hot FM. Nampaknya dalam kes tertentu ada pengecualian terhadap larangan tersebut.
"Pasha berterima kasih dan menyampaikan salam kepada pihak media Malaysia yang disifatkannya sangat baik dan menerima kehadiran mereka di sini," kata Pegawai Promosi Suria Records, Bard. Menurut Bard, Pasha baru berasa sendiri layanan itu yang selama ini dia mendengar dari rakan artis Rossa yang mempunyai hubungan rapat dengan media Malaysia. "Patutlah Rossa mudah rapat dengan media Malaysia," kata Pasha sebagaimana yang disampaikan oleh Bard. Pasha sudah beberapa kali datang ke Malaysia namun kunjungannya hanya dalam masa yang singkat sahaja membuatkan dia tidak dapat bergaul lebih dengan media melainkan pada majlis sidang media dan sesi fotografi. "Mereka menghormati hal peribadi saya dan tidak memburu cerita peribadi sahaja," kata Pasha yang gemar makan di medan selera Uptown, Damansara kalau berkunjung ke Kuala Lumpur. Album sentiasa berubah Sementara itu Pasha turut teruja bercakap pasal album baru Ungu yang sedang mendapat sambutan hangat di Indonesia. Album Penguasa Hati itu memuatkan lagu-lagu sedap Hampa Hatiku, Ku Ingin Selamanya dan Dilema Cinta. Setelah popular dengan Hampa Hatiku, Ungu mempromosikan single kedua Dilema Cinta. Lagu Ku Ingin Selamanya akan menyusul tidak lama lagi.
"Saya juga harap lagu-lagu Ungu diterima baik di sini," kata Pasha lagi. Sementara itu Ungu mempunyai krew yang bertindak selaku pemuzik standby bagi mereka. Malah krew tersebut juga yang menjalani sesi latihan. Ia memudahkan mereka dan tidak perlu menjalani sesi latihan untuk sesebuah persembahan yang kecil. Sekiranya anggota Ungu ada masalah, mereka sudah siap menggantikan tempat itu serta merta kerana sudah biasa membuat latihan bersama Ungu. |
Thursday, December 17, 2009
Pasha Ungu hargai media Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Pihak media Malaysia sebenarnya turut memainkan peranan dalam usaha membawa Pasha ke negara ini. Pasha amat menghargai pihak media yang bekerjasama dalam usaha itu.
Kata Pasha mereka sering melakukan perubahan dalam setiap album. Ternyata lagu Hampa Hatiku yang menyelitkan irama dangdut pernah menjadi kritikan. Tapi lama-kelamaan orang menerima dan ia menjadi hit di sana.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: