Nicole ingin meninggalkan Sydney kerana tidak tahan menjadi 'buruan' paparaziNICOLE Kidman berhasrat untuk meninggalkan Sydney kerana merasakan agak 'mustahil' untuk dirinya terus tinggal di sana memandangkan dia sentiasa 'diburu' oleh paparazi.
"Kami mungkin tidak mendapat layanan istimewa jika tinggal di Tennessee. Tetapi semuanya bergantung kepada situasi. Apa yang penting, kami kena berhati-hati dan dapat menjalani kehidupan normal bersama anak-anak," kata Kidman di dalam sebuah akhbar.
Aktres berusia 42 tahun itu telah cuba untuk mempertahankan privasinya daripada pihak media setelah dia berkahwin dengan penyanyi, Keith Urban dan melahirkan anak perempuan, Sunday Rose.
Terdahulu, Kidman telah pun menjual kediaman mewahnya dengan harga 7 juta dolar kurang daripada harga permintaan, 20 juta dolar. Kidman juga merancang untuk menjual rumah percutiannya di Batemans Bay, yang mana dia pernah bergaduh dengan paparazi di sana ketika menghadiri sebuah pesta di sana.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: