Thursday, December 10, 2009

Ne-Yo di KL 2010


NE-YO


TAHUN 2009, Malaysia menerima kehadiran kehadiran ramai artis antarabangsa seperti Jason Mraz, Erykah Badu, Korn, Air Supply, Hoobastank dan Boys Like Girls.

Sebagai membuka kehadiran tahun 2010, seorang lagi artis antarabangsa iaitu Ne-Yo akan mengadakan persembahan di Sunway Lagoon Surf Beach pada 7 Januari depan.

Konsert Ne-Yo Live in KL 2010 yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu akan menyaksikan pemenang anugerah Grammy itu menghangatkan suasana dengan lagu-lagu hitnya seperti So Sick, Closer dan Miss Independent.

Ketiga-tiga lagu Ne-Yo itu pernah mengungguli tempat pertama carta Billboard dan album sulungnya, In My Own Words sudah terjual melebih 1.4 juta rekod sehingga kini.

Penyanyi dan komposer itu dibawa ke sini oleh Phuture Phlow Sdn. Bhd. dan ditaja oleh Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutif Phuture Pinlow Sdn. Bhd., Khalid Kamal berkata, konsert Ne-Yo Live In KL 2010 bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi turut bertujuan bagi mengutip derma bagi tabung amal.

"Konsert ini bertujuan untuk mengutip derma untuk mangsa pelbagai bencana alam. Kami memilih untuk menyalurkan bantuan kepada Force Of Nature (FON) bagi tujuan kebajikan.

"Sebanyak 50 peratus daripada keuntungan penjualan tiket VVIP konsert ini akan diserahkan kepada FON bagi tujuan kebajikan dan atas rasa tanggungjawab sosial kami.

"Kami berharap dunia hiburan dapat dijadikan sebagai satu platform untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu semasa dan kebajikan orang lain yang memerlukan bantuan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Khalid, konsert ini juga akan dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi jazz tempatan, Najwa Mahiadin.

Tiket sudah mula dijual pada harga RM260 di Phuture Zone, RM170 (Phlow Zone) dan RM140 (Purple Zone).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh menghubungi mereka di 03-7725 1177 atau lawati www.tickethotline.com.my.

Konsert tajaan Celcom ini turut memberi ganjaran kepada pengguna pelan prabayar Celcom, Xpax, yang ingin menonton konsert Ne-Yo.

Xpax menyediakan sebanyak 2,500 keping tiket yang bernilai RM140 kepada pelanggan mereka pada harga RM90 sahaja.

Apa yang perlu mereka lakukan ialah menghantar sms REGNEYO ke 28881 dan menambah nilai sebanyak RM50 ke nombor telefon mereka untuk menerima baucer untuk dua keping tiket itu.

Pelanggan Xpax juga boleh mendapat diskaun sebanyak 20 peratus untuk tiket Phuture Zone yang bernilai RM260.

Pelanggan Xpax hanya perlu menaip REGNEY02 dan hantarkan ke 28881 dan menambah nilai sebanyak RM30 sahaja.

Pelanggan U.O.X dan S.O.X juga layak memenangi dua keeping tikey bernilai RM140 sekeping dengan menghantar REGFREETIX ke 28881 dan menambah nilai sebanyak RM30 sahaja.

Untuk keterangan lanjut boleh melayari www.channelx.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: