![]() |
| PENAMPILAN terbaru Heidi kelihatan masih berisi selepas bersalin. |
MESKIPUN baru melahirkan cahaya mata keempatnya, Lou Sulola Samuel pada 9 Oktober lalu, selebriti terkenal, Heidi Klum sudah membuat kemunculan semula di pentas peragaan.
Bukan calang-calang, kemunculan pertama wanita berusia 36 tahun itu selepas selamat melahirkan Lou adalah dengan mengenakan pakaian dalam daripada jenama Victoria's Secret.
Walaupun bentuk badannya belum langsing sepenuhnya, hakikatnya isteri kepada penyanyi Seal itu cukup terbuka untuk memperlihat bentuk badannya kepada umum.
"Saya rasa bangga apabila jadi model paling berisi untuk Victoria's Secret. Tidak pernah sesekali rendah diri, saya sebaliknya cukup yakin diri untuk bersama-sama dengan model langsing lain di atas pentas," ungkap Heidi kepada Splash News.
Keberaniannya untuk muncul di khalayak dengan menyarung pakaian dalam membuatkan ramai yang teruja dan tidak terkecuali terkejut dengan sikap Heidi.
Masakan tidak, sekitar tahun 90-an, semua peragawati beria-ria mahu nampak kurus kering semata-mata ingin mencipta populariti lalu bersaing di antara satu sama lain demi mendapatkan tawaran peragaan.
"Sekurang-kurangnya saya dapat buang persepsi kolot itu sekali gus berjaya mengurangkan penyakit bulimia yang sering menyerang gadis-gadis muda di luar sana.
"Model berisi juga boleh berjaya macam peragawati kurus lain. Itu tidak dinafikan," terang Heidi bersungguh-sungguh.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: