![]() |
| |
SESUAIKAH saya mengambil probiotik selepas rawatan antibiotik memandangkan perut saya lebih sensitif selepas mengambil antibiotik? Apakah kemungkinan faktor yang mempengaruhi kesihatan semulajadi usus?
Jawapan,
Flora usus yang sihat dan seimbang adalah perlu untuk tubuh demi mengekalkan fungsi usus yang optimum dan kesihatan secara keseluruhannya.
Flora usus yang baik memberi kesan yang signifikan ke atas pelbagai aspek, dari usus hinggalah kepada kulit.
Malangnya, faktor-faktor seperti peningkatan usia, diet yang tidak sihat, pengambilan antasid, percutian atau pencemaran air atau makanan boleh menjejaskan keseimbangan bakteria usus dan menjurus kepada kemerosotan kesihatan.
Cirit-birit dan ketidakselesaan perut merupakan antara kesan sampingan ekoran terhakisnya atau kuranganya bakteria baik dalam gastrousus apabila sesetengah antibiotik digunakan dalam jangka masa tertentu.
Dengan itu, probiotik boleh diambil untuk mengembalikan flora usus untuk fungsi penghadaman yang sihat.
Probiotik seperti Lactobacillus acidophilus NCFM sememangnya selamat dan sesuai untuk kegunaan dan manfaat kepada manusia.
Lactobacillus acidophilus NCFM menawarkan banyak manfaat kepada mereka yang mengamalkan pengambilannya.
Ia didapati boleh:
"Membantu mengembalikan flora bermanfaat usus untuk menyokong fungsi penghadaman berikutan penggunaan antibiotik
"Melindungi mukosa usus daripada keterlapan usus (memperbaiki sindrom 'leaky gut').
"Menyahtoksin usus dengan itu menyokong fungsi hati dan melindungi usus.
"Menyokong sistem imun yang sihat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: