Thursday, December 17, 2009

Melencong tawar khidmat seks - Muslihat kotor pemilik premis urut kaki terbongkar




KUALA LUMPUR - Di sebalik perkhidmatan urutan kaki, rupa-rupanya ada pemiliknya yang melencong arah dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di Jalan Kepong Prima di sini.

Muslihat kotor pemilik premis yang beroperasi sejak tiga tahun lalu itu terbongkar apabila diserbu sepasukan polis Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman pukul 12.10 pagi semalam.

Lebih licik apabila mereka turut menggunakan pintu yang dilengkapi dengan kunci elektronik yang hanya boleh dimasuki oleh pelanggan atau tukang urut yang mengetahui kata laluannya.

Jurucakap polis memberitahu, serbuan itu berjaya menahan 15 wanita warga China yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran yang berlakon sebagai tukang urut kaki berusia antara 20 dan 30 tahun.

Katanya, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: