Saturday, December 5, 2009

Mardiana makan ulat, hampir kena rasuk



Gara-gara gambar ‘mesranya’ dengan seorang penerbit drama yang tersebar di Internet, pelakon utama filem Santau, Putri Mardiana Zainal Abidin, dicemuh segelintir pihak. Apatah lagi dia baru sahaja memegang status janda. Tidak terkejut dengan situasi tersebut, Mardiana menganggap itu sebagai satu cubaan jahat sesetengah pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej serta nama baiknya.

“Itu sebenarnya gambar lama dan kebetulan kami saja-saja mahu bergambar. Tak silap saya gambar itu diambil pada tahun lalu. Terus-terang, saya dah kenal lama dengan penerbit drama tersebut, itu pun atas dasar kerja. Saya tak tahu apa motif gambar itu disebarkan,” katanya yang ditemui ketika majlis pratonton filem Santau di e@Curve, Damansara, tempoh hari.

Ditanyakan sejauh manakah hubungannya dengan penerbit itu, Mardiana memberitahu hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa. Bagaimanapun sekarang, ujar Mardiana, dia sudah tidak lagi berhubung dengannya.

Dalam pada itu, pelakon Jangan Tegur Lagi dan Legasi 43 Karat ini turut menafikan mereka pernah menjalinkan hubungan cinta seketika seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.


Hubungan baik dengan bekas suami

Bertanyakan mengenai kehidupannya sekarang, kata Mardiana, perceraiannya dengan bekas suami tidak menghalang untuknya meneruskan kehidupan seperti biasa. Bahkan dia lebih bersemangat untuk mengembangkan karier seninya.

“Saya bersyukur kes perceraian saya tidak mempengaruhi karier, sebaliknya rezeki saya semakin melimpah ruah. Sekarang, saya hanya fikir nak cari rezeki, apa saja peluang yang ada akan saya ambil. Saya rasa inilah peluang untuk saya pergi jauh dalam bidang lakonan yang sudah lama saya minati dan nantikan,” kata pemenang pingat emas dalam kategori lakonan di Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood.

Akui kes perceraiannya sedikit sebanyak memberikan publisiti kepadanya, kata Mardiana, dia melihat perkara itu secara positif dan tidak kisah sekiranya masyarakat mengenalinya kerana isu tersebut.

Ketika ditanya tentang hubungannya dengan bekas suami, ibu kepada tiga orang anak, Aliya Wardani, 6, Amir Firman, 4 dan Zuhair Airell, 3, menjelaskan, sehingga kini mereka masih berhubung baik walaupun sudah bercerai. Ujar Mardiana, meskipun sudah bercerai, tidak bermakna mereka harus bermusuhan kerana masih ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan, terutamanya anak-anak yang masih memerlukan perhatian serta kasih sayang mereka.

“Saya dan bekas suami masih keluar bersama-sama. Kalau ada masalah kami akan bincang bersama. Kami buat semua ini semua anak-anak tidak merasakan hubungan kami renggang walaupun sudah bercerai. Walau sibuk macam mana sekalipun kami akan luangkan masa untuk anak-anak. Kalau saya sibuk dengan lakonan misalnya, suami akan jaga anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kami akan bekerjasama menguruskan dan membesarkan anak-anak,” katanya yang tidak lagi memikirkan soal berumah tangga lagi buat masa ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: