Saturday, December 19, 2009

Malaysia gondol 6 anugerah


TAN SRI ABDUL HALIM (tengah, belakang) bergambar bersama kontinjen Malaysia yang memenangi enam anugerah APICTA 2009 di Melbourne.





MELBOURNE - Malaysia sekali lagi membuktikan kehandalannya pada Anugerah Antarabangsa Persekutuan ICT Asia Pasifik (APICTA) 2009 dengan menggondol enam anugerah di sini kelmarin.

Malaysia meraih anugerah utama dalam kategori Komunikasi; Penciptaan dan Pengurusan kepada Media Baru dan Hiburan; e-Kerajaan dan Aplikasi Industri Kewangan.

Kemenangan itu juga diraih berdasarkan merit dicapai dalam kategori projek Pelajar Sekolah Menengah dan projek Penuntut Institusi Pengajian Tinggi.

Tranglo Sdn. Bhd. dipilih sebagai pemenang dalam kategori Komunikasi; SHOCK3D$21 untuk Penciptaan dan Pengurusan kepada Media Baru dan Hiburan; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bagi kategori e-Kerajaan dan eBworx Berhad memenangi kategori Aplikasi Industri Kewangan.

Pasukan Sekolah Menengah Sultan Alam Shah dan Universiti Multimedia (Cyberjaya) memperoleh kemenangan berdasarkan merit masing-masing bagi kategori projek Pelajar Sekolah Menengah serta Penuntut Institusi Pengajian Tinggi.

Keputusan pertandingan itu diumumkan pada majlis jamuan malam gilang-gemilang yang berlangsung di Crown Tower Hotel di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: