Tuesday, December 22, 2009

Lorella tidak pulang - Pengemis Itali masih di sini walaupun ada pasport


LORELLA ketika menjadi 'pengemis' di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.



KERATAN Kosmo! 9 Disember.


KUALA LUMPUR - Seorang warga Itali, Castagner Lorella yang sebelum ini menarik perhatian ramai kerana didapati mengemis di Pasar Seni pada 9 Disember lalu, kini didapati terus melancong di negara ini dan tidak kembali ke negaranya walaupun telah mendapat semula pasport dan dokumen diri daripada kedutaan Itali di sini.

Timbalan Ketua Misi Setiausaha Pertama Kedutaan Itali, Gianpaolo Neri berkata, pihaknya sudah menguruskan permohonan pasport Lorella untuk pulang ke negaranya tetapi wanita berusia 54 tahun itu berhasrat untuk terus tinggal di Malaysia.

"Dia memaklumkan kepada kami bahawa dia masih mahu melancong di negara ini tetapi tidak beritahu mahu ke mana dan belum memutuskan bila mahu pulang," katanya dalam satu pertemuan dengan Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: