Tuesday, December 8, 2009

Lagi tunjuk perasaan di Teheran


RIBUAN penunjuk perasaan berhimpun di Universiti Teheran di Teheran, Iran.


TEHERAN - Anggota-anggota keselamatan Iran dan militia prokerajaan bertempur dengan sejumlah penunjuk perasaan yang melaungkan kata-kata seperti 'mati diktator' di luar Universiti Teheran di sini semalam, kata beberapa saksi.

Menurut mereka, pasukan keselamatan memukul lelaki dan wanita dengan belantan dan menyembur gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkumpul di jalan raya di luar kampus universiti itu turut menyokong pelajar-pelajar Universiti Teheran yang melakukan tunjuk perasaan tersebut.

Desakan bagi mengadakan demonstrasi itu telah diuar-uarkan di dalam kebanyakan laman web yang menyokong pemimpin penentang Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad iaitu Mir Hossein Mousavi dan Mahdi Karroubi yang menentangnya pada pilihan raya presiden pada 12 Jun lalu.

Walaupun kebanyakan laman web itu telah disekat oleh pihak pemerintah beberapa kali, aktivis-aktivis politik tetap berusaha mencipta laman web baru.

Pelajar-pelajar di Universiti Teheran memainkan peranan penting dalam tunjuk perasaan bagi menyokong Revolusi Islam yang berjaya menggulingkan pemerintahan Shah Iran dan menyebabkan ulama berkuasa di Iran.

Namun sejak sedekad lalu, universiti-universiti menjadi kubu kuat penentang propembaharuan yang mahu penguasaan ulama dikurangkan dalam politik negara tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: