![]() |
| WOODS |
NEW YORK – Seorang lagi pelakon lucah dikaitkan dengan bintang golf No.1, Tiger Woods, 33, sekali gus menjadi wanita simpanannya yang ke-11, lapor sebuah akhbar semalam.
![]() |
| Veronica |
Pelakon lucah terbaru yang dikaitkan dengan Woods itu ialah Veronica Siwik-Daniels tetapi dia menggunakan nama komersial Joslyn James dalam industri filem lucah.
Menurut laporan laman web Deadspin.com, pelakon lucah itu telah mendedahkan hubungan dengan Woods kepada seorang rakan.
Pelakon itu dikatakan menganggap dirinya sebagai wanita simpanan sepenuh masa Woods.
Seorang rakan Veronica memberitahu laman itu bahawa Woods suka perlakuan ganjil semasa berada di atas katil.
Sebelum ini, seorang lagi pelakon lucah, Holly Sampson, 36, didedahkan media sebagai antara wanita yang terlibat dalam skandal seks bintang golf itu.
Dalam satu lagi perkembangan terbaru, wanita yang dilaporkan dibawa ke sebuah hospital di Ocoee, Florida kelmarin ialah ibu mertua Woods.
Menurut rakaman satu panggilan kecemasan 911 yang dibuat oleh isteri Woods, Elin Nordegren, dia menyatakan ibunya pengsan di rumah suaminya.
Ibu mertua Woods itu, Barbro Holmberg dari Sweden dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan sakit selepas bergaduh dengan menantunya.
Menurut media, ibu mertua Woods itu sakit setelah berbalah dengan Woods mengenai dakwaan bahawa menantunya itu menipu anaknya berhubung satu siri skandal seksnya.
Dalam rakaman suara panggilan itu, seorang wanita dipercayai Elin memberitahu operator kecemasan: “Cepat. Dia (ibunya) pengsan di bilik air. Apakah yang perlu saya lakukan?”
Operator itu kemudian menenteramkan wanita tersebut dan memintanya memeriksa semula keadaan ibunya.
Wanita yang membuat panggilan itu kemudian meminta maaf selepas mendapati ibunya berada dalam keadaan baik dan menjelaskan dia terburu-buru kerana berada dalam keadaan takut.
Beberapa saat kemudian wanita itu menyatakan Barbro dapat bernafas dengan normal dan tidak mengalami kecederaan selepas terjatuh dalam bilik air.
Namun, ibu mertua Woods yang merupakan seorang ahli politik Sweden berumur 57 tahun dihantar ke sebuah hospital tetapi dibenarkan keluar petang kelmarin.
Sementara itu, beberapa iklan yang menggunakan Woods sebagai pelakon ditarik balik daripada disiarkan pada waktu perdana di stesen televisyen kabel di Amerika Syarikat (AS).
Menurut kumpulan penyelidikan media Nielson, iklan terakhir yang dibintangi Woods selama 30 saat telah disiarkan pada 29 November lalu.
Tidak ada iklan yang menyiarkan wajah Woods yang bertaraf bilionair itu semasa program sukan disiarkan di televisyen. Woods turut hilang jenama Tiger Focus yang digunakan oleh minuman Gatorade sejak Mac 2008.
Syarikat Gatorade yang merupakan antara penaja utama Woods bersama Nike dan American Express mendakwa keputusan tidak menggunakan nama tersebut tidak mempunyai kaitan dengan skandal seksnya.
Pada minggu lalu, Woods meminta maaf kepada peminat-peminatnya selepas media membongkar skandal seksnya dengan seorang wanita.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: