Saturday, December 5, 2009

Kristen angau


SEKALIPUN tayangan filem The Twilight Saga: New Moon sudah dua minggu berlalu di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah, namun kehangatan masih hebat di Malaysia.

Masih ditayangkan pawagam, sambutan penonton nyata sangat menggalakkan.

Bersandarkan kutipan pecah panggung di Hollywood untuk tahun ini, kisah percintaan membabitkan gadis jelita dengan pontianak kacak itu cukup menarik perhatian ramai. Kini, The Twilight Saga: New Moon menjadi sebutan di seluruh dunia.

Diadaptasi daripada novel karya Stephenie Meyer, The Twilight Saga: New Moon adalah sekuel siri Twiligt yang ditayangkan tahun lalu.

Gandingan aktres Kristen Stewart, 19, bersama aktor Robert Pattinson, 23, bukan saja mantap, tetapi serasi.

Seperti pasangan Zac Efron dan Vanessa Hudgen yang 'menjalin cinta' selepas bergandingan menjayakan filem High School Musical, situasi sama nampaknya menjerat Kristen dan Pattinson.

Keakraban sebagai pasangan kekasih dalam filem berkenaan menjadi realiti.

Ternyata keabadian cinta Edward Cullen dan Isabella Swan yang dilakonkan mereka berpanjangan.

Mengikut laporan media Hollywood di Internet, kelmarin pasangan muda ini sudah merancang untuk hidup berkeluarga.

Berdasarkan maklumat sumber kepada pasangan ini, dilaporkan bahawa kedua-duanya bersedia untuk berkahwin dan memperoleh anak.

Malah, mereka turut merancang menetap di London atau Vancouver, Kanada kerana lokasi yang dianggap romantik.Walaupun tidak mengumumkan percintaan itu, namun Pattinson dikatakan sering berjenaka mengenai kasihnya yang berputik di set penggambaran itu.


Namun, kemudian dia menafikan dan berkata ia hanya sekadar gurauan serta tiada maksud apa-apa.

Tetapi, mengikut kata sumber itu, Kristen dan Pattinson memilih hidup bersama untuk mengelak daripada melahirkan anak luar nikah.

Katanya lagi, kalau boleh Pattison mahu Kristen mengandung selepas mereka sah bergelar suami isteri.

"Bagaimanapun, sekiranya sudah terlanjur sebelum berkahwin, mereka tak kisah. Asalkan hidup bersama dan dapat membina keluarga diimpikan. Baru-baru ini, pasangan sejoli terbabit menghabiskan masa bersama selama lima hari di New York.

"Berjalan bersama di sekitar bandar itu dan mereka juga tidak malu lagi untuk bercumbu. Bukan itu saja, mereka turut mengadakan temu janji makan malam bersama di beberapa restoran yang menghidangkan sajian makanan Itali, Mexico dan Jepun.

"Tidak berakhir di situ, pasangan hangat bercinta ini sentiasa berpegangan tangan ketika bersiar bersama. Malah, mereka turut menghabiskan waktu bersama dengan berhibur di kelab malam ternama sekitar New York. Mereka, seronok, ceria dan ketawa.

"Bahkan, seperti pasangan remaja Hollywood yang lain, perjalanan cinta Kristen dan Pattinson terjalin secara semula jadi. Mereka selesa bersama dan serasi. Disebabkan itu, mereka berpendapat lebih baik hubungan murni itu diikat dengan perkahwinan.

"Sekalipun usia muda, mereka juga mempercayai kehadiran anak akan mengikat kasih sayang antara satu sama lain. "Justeru, kesepakatan bersama itu membuktikan bahawa pemikiran mereka matang dan mungkin sudah masanya untuk bersatu," katanya.

Memandangkan lakonan berkesan Kristen dalam Twilight, si manis ini sudah dilamar untuk membintangi filem baru, Welcome To The Rileys dengan watak Mallory.

Ia mengisahkan konflik dihadapi remaja bermasalah yang akhirnya menjadi penari bogel.

Apapun, pertemuan Mallory dengan seorang ahli perniagaan dan isterinya secara tidak langsung membantu gadis malang itu keluar daripada dunia hinanya. Kisah menarik ini, turut menampilkan Kristen dengan karakter berbeza dan cukup mencabar.

Dijangka tayangannya pada awal 2010, filem diarahkan Jake Scott itu dikatakan mampu menjulang nama Kristen ke tahap lebih tinggi.

Justeru, gadis kelahiran Los Angeles ini perlu bijak bermain emosi bagi menghidupkan tuntutan watak Mallory itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: