
KUALA LUMPUR - Kereta baru tapi enjin bunyi macam lori.
Itu dakwaan seorang pekerja swasta, G. Sridharan, 35, yang terpaksa memendam perasaan apabila enjin kereta import dari Jepun yang baru dibelinya berbunyi kuat.
"Pada mulanya saya menganggap bunyi bising yang keluar dari bahagian enjin itu mungkin perkara biasa tetapi selepas saya memandu model kereta yang sama milik rakan, saya dapati enjin kereta itu tidak berbunyi kuat seperti kereta saya," katanya di sini semalam.
Menurut Sridharan, pembelian kereta itu melibatkan perjanjian sewa beli kira-kira RM115,000 dengan sebuah bank pada 26 Mei lalu dianggapnya tidak berbaloi kerana enjin kenderaan itu berbunyi bising.
Dia juga telah mengemukakan masalah itu kepada pekerja pusat servis syarikat kereta tersebut dan mereka berjanji akan menyelesaikan perkara itu pada servis kali kedua.
Selepas dibaiki pada servis kali kedua, bunyi itu masih tidak hilang sehingga pekerja pusat servis itu membuka keseluruhan enjin kereta berkapasiti 1800cc berkenaan bagi mengenal pasti masalah yang dialami.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: