PHNOM PENH - Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semalam menyatakan bahawa hubungan negaranya dengan Thailand tidak akan pulih seperti kebiasaan sehingga Bangkok mempunyai kerajaan baru.
Hubungan di antara kedua-dua negara yang pernah bertempur di sempadan pada tahun lalu merosot bulan lalu apabila bekas perdana menteri Thai, Thaksin Shinawatra dilantik menjadi penasihat ekonomi Kemboja.
Kedua-dua buah negara tersebut memanggil pulang duta masing-masing pada November lalu berikutan pelantikan Thaksin itu.
"Saya memberitahu anda (Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva) bahawa saya menunggu kerajaan baru Thailand berkuasa untuk menghantar semula duta," kata Hun Sen dalam satu ucapan di sini.
"Anda membangkitkan isu mengenai Thaksin tetapi anda lupa mengenai isu Preah Vihear," katanya yang merujuk kepada sebuah kuil abad ke-11 yang mencetuskan perbalahan di antara kedua-dua buah negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: