Wednesday, December 9, 2009

Kelab terbakar: Ketua bomba Perm dipecat


GAMBAR menunjukkan Putin semalam meletakkan jambangan bunga di lokasi tragedi Kelab Horse Lame di Perm.


MOSCOW – Ketua Jabatan Bomba di Perm, selatan Rusia semalam dipecat ekoran kebakaran di sebuah kelab malam di bandar itu yang kini sudah meragut 118 nyawa.

Pihak berkuasa Rusia menyatakan dia dipecat setelah rekod-rekod kebakaran di kelab Lame Horse itu dipercayai dipalsukan.

Perdana Menteri, Vladimir Putin mengakui terdapat kelemahan penguatkuasaan malah mengkritik sikap tidak bertanggungjawab pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang mempunyai kaitan dengan tragedi itu.

Kebakaran pada Sabtu lalu itu berlaku apabila satu pertunjukan bunga api di dalam kelab berkenaan menyambar siling yang diperbuat daripada kayu.

Ia menyebabkan ratusan pengunjung berasak-asak menyelamatkan diri dan ramai mangsa yang terbunuh akibat lemas setelah terhidu asap atau dirempuh ketika cuba keluar.

Ketua jabatan itu bertanggungjawab menjaga hak berkaitan keselamatan di bandar yang diduduki seramai satu juta orang, 1,200 kilometer ke timur Moscow.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: