Wednesday, December 2, 2009

Kakitangan didakwa rasuah dapat balik jawatan

JAKARTA - Pihak pendakwa raya mengikut arahan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono supaya menggugurkan dakwaan jenayah terhadap dua pegawai Suruhanjaya Pembanteras Rasuah Indonesia (KPK) semalam.

Susilo mencadangkan tuduhan itu digugurkan pada minggu lalu setelah ia mencetuskan kemarahan umum selepas sebuah badan khas yang ditubuh melaporkan pegawai polis dan pihak pendakwa raya membuat dakwaan palsu terhadap Chandra Hamzah dan Bibit Samad Rianto.

Chandra Hamzah dan Bibit Samad Rianto merupakan kakitangan kanan suruhanjaya pembanteras rasuah tersebut.

Pendakwa Raya kanan Indonesia, Untung Aru Muladi telah memanggil Hamzah dan Rianto ke pejabatnya di Jakarta untuk menandatangani dokumen penutupan kes mereka secara rasmi dan dikembalikan ke jawatan asal mereka semalam.

"Banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada kes yang berlaku kepada saya.

"Peperangan menentang rasuah masih belum berakhir.

"Kita dapat lihat bagaimana pegawai yang pecah amanah membuat dakwaan palsu ke atas sesebuah kes," kata Rianto.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: