Friday, December 4, 2009

Jessica Alba Larang Anak Minum Jus Buahan-buahan

AKTRES Jessica Alba melarang anak perempuannya, Honor, untuk memakan makanan bergula seperti air soda dan jus.

Ini kerana Jessica berkata makanan-makanan itu tidak sihat untuk anaknya.

Pelakon filem ‘Fantasic Four’ yang melahirkan Honor pada tahun 2008, mahu anaknya mengamalkan cara hidup yang sihat.

"Anak saya tidak perlu memakan makanan bergula dan tidak minum jus buah-buahan," katanya kepada sebuah portal luar negara.

Walaupun begitu, Jessica berkata anaknya suka minum jus timun bersama jus epal dan itulah makanan bergula yang pernah diminumnya.

"Honor tidak suka menonton televisyen tetapi suka bermain diluar rumah bersama alat-alat permainannya," tambah ibu yang berumur 28 tahun itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: