Monday, December 28, 2009

Filem lucah guna wajah mirip Jolie, Aniston


JOLIE


LOS ANGELES - Dua selebriti paling popular di Hollywood, Angelina Jolie dan Jennifer Aniston akan membuat perhitungan terakhir di karpet merah bagi menentukan siapa di antara mereka yang lebih hebat.

Menurut laporan berita E Online semalam, dua aktres gred A itu menjadi mangsa terbaru jenaka sebuah filem lucah yang bakal menyaksikan dua pelakon mirip wajah mereka bercakaran dan mengoyakkan baju lawan masing-masing.


ANISTON

Pergaduhan sengit itu merupakan idea syarikat filem lucah, Hustler berdasarkan persengketaan di antara selebriti tersebut di luar layar perak.

Sengketa dua nama besar Hollywood itu bermula apabila rumah tangga lima tahun Aniston dengan Brad Pitt runtuh setelah aktor tersebut menjalin hubungan sulit dengan Jolie di set penggambaran filem Mr and Mrs Smith.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: