Tiz Zaqyah |
TEMAN sepejabat Cik Normah memberitahu watak kontroversi, Maya yang ditinggalkan Nora Danish dan kemudiannya diambil alih Ummi Nazeera khabarnya akan menjadi milik Tiz Zaqyah. Penggambaran drama direhatkan seketika sebelum bersambung pada 14 Disember ini.
Ketika ini, penggambaran drama ini berehat sementara waktu kerana produsernya, Datin Zaiton Muhd Jiwa (Kak Ton) sedang mengerjakan umrah. Sebelum itu, Ummi sempat melakukan penggambaran selama sehari saja.
Hip pernah memaparkan kenyataan Ummi yang masih dapat membuat pengesahan sama ada mahu memegang watak itu atau tidak kerana dalam masa yang sama dia terikat dengan penggambaran filem Hantu Mak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid.
Mungkin selepas ini harapnya badi kontroversi yang begitu erat mendekati drama Spa Qistina yang bakal bersiaran di stesen berbayar Astro ini akan terus lenyap.
Pada masa, Tiz Zaqyah juga dapat mengekalkan imej dirinya sebagai pelakon yang tidak memberikan masalah kepada mana-mana produksi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: