Wednesday, December 9, 2009

Cuepacs Adakan Mesyuarat Tergempar Bincang Pinjaman Rumah


KUALA LUMPUR, 9 Dis Cuepacs akan memanggil mesyuarat tergempar majlis bagi membincangkan penolakan kerajaan terhadap tuntutannya untuk menghapus kira pinjaman perumahan yang diluluskan sebelum 1 Ogos, 1995, bagi mereka yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan, kata setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, Rabu.

Mereka yang pinjaman mereka diluluskan selepas 1 Ogos 1995 diberikan keistiwewaan ini oleh kerana pinjaman mereka dilindungi insuran hilang upaya total kekal.

Ahmad Shah mengulas kenyataan Perbendaharaan semalam bahawa kerajaan tidak dapat mengecualikan petugas yang tamat perkhidmatan atas sebab kesihatan, yang telah mengambil pinjaman sebelum tarikh itu oleh kerana insurans mereka hanya meliputi kematian dan kebakaran.

Beliau berkata langkah itu menjejaskan kira-kira 50,000 petugas awam dan majlis akan memutuskan bentuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata ketaksamaan itu disebabkan oleh "perbendaraan terlepas pandang kerana petugas awam tidak mempunyai suara dalam memilih insurans bila mengambil pinjaman perumahan".

Semua perlindungan insurans diatur oleh jabatan pinjaman Perbendaharaan, kata Ahmad Shah.

Kebanyakan mereka yang terjejas hampir melangsaikan pinjaman mereka, oleh itu tidak timbul banyak masalah mendapatkan perindungan tambahan untuk mereka, kata beliau.

Sumber-sumber industri insurans berkata perlindungan tambahan boleh diadakan untuk turut meliputi perkara hilang upaya total kekal dengan bayaran premium tambahan.

Namun, persoalannya, siapa yang harus menanggung kos tambahan itu.

Cuepacs menegaskan kerajaan harus menganggungnya oleh kerana kerajaan telah terlepas pandang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: