Saturday, December 26, 2009

Bunga-Ashraf Terima Rezeki Anak Dengan Terbuka

SETAHUN lebih penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) melayari bahtera dengan suaminya, pelakon Ashraf Sinclair, namun hingga kini mereka belum nampak tanda-tanda untuk memiliki anak.

Bukan bererti bintang ‘Cinta Pertama’ itu tidak memiliki impian untuk mempunyai anak tetapi sebolehnya Bunga berkata dia tidak mahu terlalu banyak berfikir kerana takut kecewa.

”Saya takut akan kecewa kalau masih tidak dapat setelah merancang nanti. Yang penting, kami tetap berusaha dan kalau ada rezeki, bila-bila pun kami terima,” ujar BCL.

Wanita ini juga mengaku sangat menggemari kanak-kanak. Suaminya juga selalu gembira jika melihat kanak-kanak. Walaubagaimanapun, mereka tidak akan berputus asa.

“Kalau belum ada rezeki, tidak mengapa,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: