Wednesday, December 16, 2009

Brad Pitt pun jadi puntianak


BRAT PITT bakal jadi puntianak.


SELEPAS filem aksi suspen, Twillight menjadi fenomena kepada peminat di seluruh dunia, kini sebuah lagi karya dengan jalur sama, Vlad bakal muncul di layar perak.

Cuma kali ini, aktor terkenal Hollywodd, Brat Pitt dicanang untuk memegang watak sebagai puntianak melalui filem terbitan oleh Summit Entertainment itu.

Pelakon berusia 45 tahun itu bakal memainkan peranan utama iaitu sebagai putera muda Transylvania dipetik menerusi sejarah Vlad The Impaler serta diinspirasikan daripada mitos drakula.

Charlie Hunnam ditugaskan bagi menghasilkan skrip filem itu manakala pembikin muzik video Hollywood, Anthony Mandler dilantik sebagai sang pengarah.

Menurut sebuah laporan, syarikat produksi milik Brad, Brad's Plan B Entertainment pula akan menjadi penerbit bersama untuk filem Vlad.

"Kemunculan Brad sebagai puntianak pasti dinanti-nantikan oleh para peminat. Cuma buat waktu ini, pihak kami belum boleh buat sebarang kenyataan lanjut tentang penglibatan Brad sebagai hero dalam Vlad," jelas sumber terdekat pelakon itu.

Setelah kejayaan filem Twillight, Summit Entertainment dan Brad's Plan B Entertainment beria-ria ingin memunculkan filem dengan jalur sama menerusi Vlad yang dilihat menampilkan lebih banyak aksi puntianak berbanding Twillight.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: