BEYONCE Knowles berkata dirinya sering cepat beremosi apabila menonton program-program berbentuk realiti seperti American Idol.
Penyanyi popular ini mengaku dia akan menangis setiap kali menonton program seperti itu kerana ia mengingatkannya tentang perjuangan yang dilaluinya di awal kariernya dulu.
"Saya tidak selalu menonton televisyen tetapi saya ada menyaksikan program-program itu dan saya memang akan menangis. Saya akan berkata, 'Saya harap mereka menang. Saya harap mereka akan dapat peluang'," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: