![]() |
| Myung-Sook |
SEOUL - Pihak pendakwa raya menangkap bekas perdana menteri Korea Selatan, Han Myung-sook semalam berhubung satu skandal rasuah.
Namun, parti pembangkang utama menganggap penangkapan itu mempunyai motif politik.
Tangkapan itu dibuat beberapa hari selepas Myung-sook enggan menemui pendakwa raya berhubung tuduhan dia menerima wang sebanyak AS$50,000 (RM171,900) daripada seorang ahli perniagaan.
Jurucakap Parti Demokratik yang menajdi pembangkang, Wong Sang-ho berkata, Myung-sook menafikan tuduhan itu dan berikrar akan terus mendiamkan diri semasa disoal siasat.
Beberapa pegawai di pejabat pendakwa raya tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.
Sang-ho berkata, tangkapan tersebut mempunyai motif politik dengan tujuan untuk mencemarkan reputasi bekas perdana menteri itu.
Perdana menteri merupakan satu simbol jawatan yang tidak dianggap penting kerana kuasa utama berpusat pada presiden.
Pada 1970-an bekas perdana menteri itu dipenjarakan selama dua tahun selepas terlibat dalam aktiviti prokomunis.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: