Thursday, December 17, 2009

Bayar kos mahkamah RM896,143


GAMBAR menunjukkan bucu (dalam bulatan) yang menjadi rebutan antara Martin dengan Dr. Robert di Charlton Kings, England.



LONDON - Seorang pemilik restoran, Martin Charalambous terpaksa membayar kos mahkamah sebanyak £160,000 (RM896,143) selepas dia kalah dalam perebutan bucu sebuah taman dengan jirannya, Dr. Robert Welding, lapor sebuah akhbar semalam

Kes itu sudah berlanjutan selama dua tahun sebelum berakhir di Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin lalu dengan kekalahan Martin iaitu pemilik sebuah salun kecantikan dan restoran.

Sebelum ini, dia mendakwa bucu 6 meter persegi itu miliknya dan bukan kepunyaan jirannya.

Martin dari Cheltenham membeli rumah itu di Charlton Kings pada 2002 dengan harga £370,000 (RM2.07 juta).

Martin berkata, dia kecewa dengan keputusan itu tetapi enggan berpindah dari rumah tersebut.

Sebelum perbicaraan itu, dia berkata: "Punca kami membuat tuntutan ialah kerana kawasan yang didakwa oleh Dr. Robert sebagai miliknya terletak di depan rumah kami dan boleh menyebabkan privasi kami dicerobohi jika terdapat seseorang yang memotong rumput."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: