BEIJING - Sebuah bar baru di bandar Dali, barat daya China yang dibuka dengan tujuan membimbing lelaki gay mengenai AIDS gagal menarik kehadiran ramai pengunjung, lapor akhbar China Daily semalam.
Bar yang menerima dana pemerintah itu dibuka secara rasmi kelmarin bagi meraikan Hari AIDS Sedunia.
Namun menurut pemilik bar tersebut yang merupakan seorang doktor, Zhang Jianbo, liputan media terhadap bar itu menyebabkan pengunjung mengelak daripada mengunjunginya.
"Mereka (pengunjung- pengunjung) enggan datang pada hari pembukaannya kerana bimbang dengan pendedahan pihak media dan potensi didiskriminasikan," katanya.
Dia berkata, bar itu diwujudkan supaya ia menjadi tempat pertemuan golongan yang berisiko dijangkiti HIV terutamanya di kalangan lelaki gay selain memperoleh maklumat mengenai pencegahan AIDS.
Bar itu sudah beroperasi pada November lalu dan menjadi tumpuan sejumlah kecil lelaki gay yang mencari maklumat mengenai AIDS, katanya.
China mempunyai masalah AIDS dengan anggaran terdapat kira-kira 740,000 orang telah dijangkiti HIV.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: