Saturday, December 26, 2009

Banyak pengusaha masih degil


GOLONGAN warga emas sepatutnya mendapat potongan harga tiket bas ekspres sebanyak 25 peratus, namun hakikatnya tidak semua syarikat mematuhi arahan pemberian diskaun itu.


KUALA LUMPUR - Amaran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kepada syarikat bas ekspres supaya memberikan diskaun harga tiket sebanyak 25 peratus kepada tiga kumpulan penumpang mereka ternyata tidak diendahkan.

Banyak syarikat didapati masih ingkar, menjadikan peraturan mewajibkan mereka memberikan potongan harga tiket itu kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun, warga emas dan Orang Kurang Upaya seolah-olah usaha 'mencurah air ke daun keladi'.

Tinjauan Kosmo! mendapati hanya segelintir syarikat bas mematuhi arahan itu sementara yang lain mengenakan harga yang sama.

Ketika ditanya, petugas kaunter mereka memberikan alasan yang sama iaitu tidak mendapat arahan pihak pengurusan walaupun kerajaan sudah mengumumkan pemberian diskaun itu berkuatkuasa pada 1 Ogos lalu.

Dalam berpuluh-puluh operator bas yang beroperasi di stesen bas utama di ibu negara, Kosmo! mendapati tidak sampai 10 kaunter bas yang akur dengan arahan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: