Tuesday, December 8, 2009

Aktres lucah dikaitkan dengan Woods didedah


CORY



Holly


NEW YORK - Identiti wanita yang menjadi teman tidur bintang golf Nombor satu dunia, Tiger Woods yang sudah beristeri dan memiliki dua anak masih dibongkar oleh media Barat.

Terbaru, identiti seorang wanita, yang dikaitkan dengan skandal seks Woods merupakan seorang pelakon lucah yang bernama Holly Sampson.

Menurut sebuah akhbar semalam, Holly yang berlakon dalam filem seperti OMG, Stop Tickling Me dan Flying Solo 2 tidak menafikan dia pernah tidur dengan Woods.

"Dia tidak komen mengenai perkara itu," kata peguam Holly, Andrew Contiguglia.

Dia dilaporkan berlakon dalam 83 judul filem, kebanyakannya filem lucah dan erotik.

Wanita yang berumur 36 tahun itu pernah menggunakan nama Nicolette Foster.

Sementara itu, seorang lagi pelayan wanita dari Florida, Cori Rist turut dilaporkan pernah menjalin hubungan dengan Woods selama enam bulan.

Florida merupakan negeri yang menjadi tempat tinggal Woods di Amerika Syarikat (AS).

Namun, Rist enggan memberikan komen mengenai dakwaan bahawa dia pernah berjumpa Woods secara rahsia sejak mereka bertemu pada tahun lalu di sebuah kelab.

Dua minggu lalu, Woods meminta maaf kepada peminat selepas skandal seksnya dibongkar oleh media.

Menurut sebuah akhbar di Britain kelmarin, terdapat sembilan wanita didakwa mempunyai hubungan dengan Woods.

Dalam satu laporan berita terbaru, Woods diminta oleh isterinya, Elin Nordegren menjalani rawatan ketagihan seks.

"Elin mahu memaafkan Woods tetapi dia memberitahu suaminya perlukan bantuan," kata satu sumber.

"Terdapat ramai wanita yang terlibat dan sudah jelas dia ketagih seks.

"Dia perlu mendapatkan bantuan jika perkahwinan mereka mahu terus bertahan," tambah sumber itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: