Saturday, July 25, 2009

UniMAP catat rekod - Penganjur program keluarga angkat terbesar dalam sejarah Malaysia


KAMARUDIN (berdiri, tujuh dari kanan) menunjukkan sijil pengiktirafan MBR selepas majlis pelancaran Program Bakti Siswa Perdana siri ke-3, peringkat negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar semalam.


KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar sejarah apabila berjaya mencatat rekod The Malaysia Book of Records (MBR) melalui penganjuran program keluarga angkat terbesar di negara ini semalam.

Rekod tersebut merupakan kejayaan tiga tahun berturut-turut universiti itu setelah menarik penyertaan seramai 2,200 pelajar untuk mengikuti program anak angkat dengan 1,300 keluarga di 55 buah kampung di seluruh Perlis.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Husin berkata, program yang diberi nama Baktisiswa Perdana siri ke-3 itu adalah salah satu kursus wajib yang perlu disertai pelajar sebelum mereka tamat pengajian.

"Hasrat kami mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di desa.

"Matlamatnya adalah untuk memupuk semangat kerja berpasukan, melatih kemahiran komunikasi, menimba pengalaman dan lain-lain bagi melahirkan siasah diri pelajar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: