Tuesday, July 21, 2009

Suami edar aksi seks isteri dijel


Abdul Aziz dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan semalam selepas dijatuhi hukuman penjara kerana mengedar gambar lucah isterinya.


KUANTAN - Seorang pembekal alat ganti dihukum penjara dan denda selepas mengaku bersalah menyebar dan mengedar salinan fotostat yang memaparkan aksi lucah dan perlakuan seks isterinya berusia 41 tahun dengan tujuan untuk memberi aib.

Abdul Aziz Basri, 57, dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana melakukan perbuatan itu di tempat kerja isterinya di Courts Mammoth di sini antara 28 Jun hingga 7 Julai lalu.

Dia diperintah menjalani hukuman penjara bermula semalam.

Majistret Iriane Isabelo dalam penghakimannya berkata, tertuduh sepatutnya menerima hukuman lebih berat kerana perbuatan tersebut menyebabkan isterinya menanggung aib.

"Kamu (Abdul Aziz) sepatutnya dihukum dengan hukuman lebih berat kerana telah mengaibkan maruah seorang wanita," kata Iriane.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: