Thursday, July 23, 2009

‘Saya terima siapa saja’...Akhil Hayy


PETALING JAYA: “Kalau ada jodoh dengan siapa saja saya terima,” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai, 40, atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy.

Sejak kontroversi membabitkan masalah rumah tangganya didedahkan media, pelbagai tanggapan negatif timbul. Malah ada yang membuat andaian keretakan rumah tangganya berpunca daripada insan ketiga.

Akhil bercerai talak satu dengan isterinya, Maizawati Zainal, 33, di Mahkamah Syariah, Ipoh, Perak, 16 Julai lalu.

Biarpun berkali-kali dia menegaskan ia tiada kaitan dengan insan ketiga, Akhil yang dikenali dengan jolokan ‘Ustaz Rock’ terkilan apabila ada pihak menyalahkan penyanyi, Waheeda) sebagai punca keruntuhan perkahwinannya.

“Saya kecewa kerana ada yang mengaitkan Waheeda sebagai punca penceraian kami. Apa yang berlaku tidak perlu mengaibkan seseorang. Masalah ini timbul disebabkan tindakan kami. Tidak timbul soal orang ketiga.“Memang sukar untuk menjaga hati semua pihak. Inilah akibatnya apabila membawa gelaran ustaz dan menerusi program ceramah. Begitupun masyarakat tidak boleh terus menghukum,” katanya ketika ditemui pada rakaman program Astro, semalam.


Malah, menurut bekas penyanyi kumpulan rock d'Riyadh, isu itu sedikit sebanyak mencalar imejnya sebagai penceramah dan artis, namun dia berterima kasih kepada pihak pengurusan Astro yang memahami masalah itu.

“Ini adalah rentetan perjalanan hidup saya. Bukan masalah salah laku atau disiplin. Mujurlah pihak Astro memahami masalah yang saya hadapi. Malah mereka terus memberi kepercayaan kepada saya sebagai wajah eksklusif Astro Oasis.

“Saya harap isu ini tidak menjejaskan perjalanan saya sebagai anak seni. Begitupun saya akui imej sebagai penceramah dan artis sedikit tercalar,” katanya.

2 comments:

  1. mcm hampeh jer statement dia ni...
    dia ni nak jadik penceramah ke artis sebenarnyerrr
    dah xde rupa penceramah pun...rambut pun dah rebonding..hensem lagi ustaz harun din! hidup DARUSSYIFA!!

    ReplyDelete
  2. kau tu bukan lagi hampeh tapi dah takdo kojo asyik nak ngutuk orang.. apo kao tu yakin ko lobih baik dari orang lain?!!! harun din pun tak ponah didik anak murid dio kutuk org lain.. dahla.. ingaaat.. jangan ukur orang dari luaran saje coz kadang2 yg mengutuk tu lebih hampeh dari makhluk yg tak dibagi akal.. kalu tak paham jugak jgn mimpi nak jadi pengamal darussyifa'!!! buek malu ustad harun din jo kao nii.. taubatlah nak oooiii!!! oghang suruh belaja ngaji tapi kao belaja membonci!!!! memang baghaaal!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: