Thursday, July 23, 2009

Militan Mumbai sanggup dihukum gantung


GAMBAR fail menunjukkan Mohammed Ajmal berjalan sambil membawa senjata api di sebuah stesen kereta api di Mumbai pada November tahun lalu.


MUMBAI - Satu-satunya militan yang ditangkap hidup-hidup selepas kejadian serangan bom di Mumbai iaitu Mohammed Ajmal Kasab, 21, memberitahu seorang hakim di sebuah mahkamah bahawa dia bersedia untuk dihukum gantung sampai mati.

Kenyataan mengejutkan yang dibuat Mohammed Ajmal dalam perbicaraannya itu dibuat selepas suspek memberi keterangan mengenai peranan yang dilakukannya ketika serangan di sebuah hotel di sini berlaku.

"Tolong lakukan dengan segera dan gantungkan saya," kata Kasab yang berasal daripada Pakistan itu kepada Hakim M.L. Tahaliyani di mahkamah.

Dia merupakan seorang daripada 10 penyerang yang menyebabkan 166 kematian dan 234 lagi cedera dalam serangan militan selama tiga hari di pusat kewangan India itu pada November lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: