Wednesday, July 15, 2009

LZS bantu derita Salima


KERATAN muka depan Kosmo!semalam.


KUALA LUMPUR - Walaupun tiada jaminan bebas sepenuhnya daripada diugut ah long namun beban yang ditanggung Salima, 40-an yang berhutang sebanyak RM22,000 dengan peminjam wang haram itu semakin berkurangan.

Malah ibu tunggal itu kini mampu menarik nafas lega apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersedia meringankan bebannya tidak lama lagi dengan menghulurkan bantuan umum persekolahan tiga anaknya, bantuan kewangan bulanan dan bantuan persiapan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi.

Berita gembira itu disampaikan oleh Presiden, Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM), Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya kepada Kosmo! semalam.

"Saya gembira menerima perkhabaran LZS itu setelah saya menulis surat kepada mereka. Bagaimanapun, pengadu tak layak untuk menerima bantuan sebanyak RM8,800 iaitu jumlah pinjaman keseluruhan yang dibuat daripada ah long kerana ia tiada dalam kod bantuan asnaf,'' katanya.

Saharuddin berkata demikian ketika mengulas inisiatif yang direncanakan oleh yayasan itu untuk membantu Salima yang terperangkap dengan ah long yang juga merupakan jirannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: