

CANBERRA - Seorang ahli astronomi amatur dekat sini, Australia. Anthony Wesley menemui sebuah lubang di Planet Musytari yang sebesar Bumi dengan menggunakan teleskop buatannya sendiri di pekarangan rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang menemui lubang itu pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) bagi memberitahu penemuan tersebut.
Saintis-saintis NASA kemudian menggunakan teleskop inframerah di Hawaii dan menemui lubang kesan hentakan sebuah komet.
"Saya seperti tidak mempercayainya. Saya kemudian menyedari Planet Musytari telah dihentam oleh sesuatu," kata Wesley yang berumur 44 tahun dan bertugas sebagai perunding teknologi maklumat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: