
Fauziah Nawi memang tak pernah putus ada dalam mementaskan teater arahannya walaupun mengalami kesukaran mendapatkan tajaan.
Teater terbarunya, Lorong Blues bukanlah satu naskhah baru, malah sudah lama ditulis, tapi gagal dipentaskan kerana kekangan kewangan. Akhirnya pada 2007 ia berjaya dipentaskan.
Mulai 24 Julai hingga 7 Ogos ini sekali lagi teater itu menemui penonton di Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tiket RM30 dan RM20 (untuk pelajar) dikenakan. Show bermula pukul 9.00 malam.

Teater itu mengisahkan pertembungan enam watak yang cuba melarikan diri daripada kenyataan pahit kehidupan yang mereka lalui. Akhirnya mereka terkepung di sebuah lorong semasa melarikan diri dari serbuan polis.
Dalam kekalutan itu mereka mula menuduh sesama sendiri. Mereka berkenalan dan daripada pertukaran pengalaman mereka mula mengenal wajah sendiri.
Kisahnya bermula waktu tengah malam dan berakhir pada waktu azan Subuh bergema. Dalam masa singkat itu pelbagai cerita terungkai.
Mereka melalui kisah hidup penuh tragedi. Ada pelakon wanita yang pernah menjadi mangsa seks bapa. Ada anak luar nikah yang mencari ibu kandung, lelaki lembut serta penagih dadah.
Lorong Blues menampilkan Ungku Hariz Faizal, Raja Emy Shahril, Raihan Jamil, Ard Omar, Mohd. Zaki Yahya, Mohd. Nor Hafiz, Adrina Badri, Farah Ahmad, Syalizawani Ramlan, Chie Azim, Sherry, Wan Yuzaini, Mohd. Hanafi dan lain-lain.
Untuk 15 tahun ke atas
Kalau filem ada kategori dan had umur, Lorong Blues juga hanya sesuai ditonton oleh penonton berusia 15 tahun ke atas. Mengapa ada had umur? Ada unsur seks ke?
"Saya sendiri tak mahu kanak-kanak menonton kerana ada dialog kasar dan bahasa yang
digunakan tidak sesuai dengan mereka.
"Kita tidak mahu mereka terdedah dengan perkataan-perkataan kasar yang tidak baik. Kita mahu tonjolkan kehidupan gelap di lorong hitam yang penghuninya terdiri daripada orang yang melalui hidup yang kasar, jadi cara mereka juga kasar," kata pengarahnya Fauziah Nawi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: