Aduhai Saleha! Masalahnya sekarang bukan Saleha atau pun Zaleha, akan tetapi ianya berkisar anak lelaki seorang pelakon agak popular yang tinggal di Taman Seri Manja Jalan Klang Lama (dekat dengan Taman Dato Harun).
Kebetulan Mangga Masam pun tinggal di Seri Manja juga cuma berlainan taman perumahan. Masa pasar malam hari Selasa baru-baru ini, adalah terjumpa seorang teman lama yang tinggal satu blok dengan pelakon wanita ini. Dia merungut, "Bang saya tak tahan dah ni bang. abang kenal kan (ditapis)?"
Saya agak terpinga-pinga mulanya kerana terlupa siapa dimaksudkan. Apabila dia menyebut pasal satu filem ala mafia bakal menjalani penggamabaran tidak lama lagi, barulah saya kenal. Al kisahnya penduduk blok pelakon ini amatlah marah dengan tindakan anak lelakinya itu membawa pulang anak-anak gadis ke rumahnya sewaktu ketiadaan pelakon ini. Bukan sekali dua, dah berkali kali. Malah katanya lagi aduan mereka kepada pelakon ini pun tidak diendahkannya.
Mangga Masam pun geleng kepala dengarnya. Bukan apa, jangan bila Jabatan Agama Islam serbu rumah, dah kantoi nanti barulah keluar TV keluar radio nak menafikannya. Dalam sibuk mencari rezeki, apa kata sesekali pantau kegiatan anak? Mangga Masam pun ada dengar budak ni dah pernah kena belasah dengan salah seorang suadara budak perempuan yang dibuat tak eloknya ini satu ketika dulu. Tak serik-serik lagi?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: