Monday, July 13, 2009

4 pelajar UiTM Lendu positif H1N1


PINTU masuk ke Universiti Teknologi Mara cawangan
Melaka yang terletak di Lendu.





MELAKA - Empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu, Alor Gajah di sini disahkan positif dijangkiti virus selesema babi semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, seorang daripada empat pelajar berkenaan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka manakala tiga lagi dikuarantin di kampus berkenaan.

"Keadaan di UiTM Lendu kini masih terkawal. Bagaimanapun, keadaan di kampus itu akan sentiasa dinilai dan jika ia terus merebak, kita mungkin terpaksa menutup kampus ini buat sementara," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Konvensyen MCA Melaka di sini semalam.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Menurut Tiong Lai, pasukan kesihatan telah ditempatkan di kampus itu sebagai langkah pencegahan virus berkenaan daripada merebak sambil melakukan penilaian terperinci mengenai situasi di kampus tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: