Wednesday, June 3, 2009

Pening pilih rumah


RUBINA (kanan) dan Azharudin ketika ini 'pening' untuk memilih rumah yang mahu mereka duduki.


SEBELUM ini, kehidupan dua bintang kecil Slumdog Millionaire, Azharuddin Ismail dan Rubina Ali begitu daif. Bukan sahaja sangat miskin, mereka juga tiada tempat untuk berteduh selepas rumah ibu bapa mereka yang didirikan di kawasan setinggan dirobohkan.

Kini keadaan mula berubah apabila dua kanak-kanak itu mendapat rezeki terpijak sekaligus membuatkan mereka pening kepala. Pening kerana tidak tahu untuk memilih mana satu rumah untuk didiami.

Kisah rumah setinggan Rubina dan Azharuddin diroboh telah mendapat liputan meluas media dan membuatkan pengarah Slumdog, Danny Boyle terbang ke India. Boyle terus membeli dua buah apartmen dan menghadiahkan kepada mereka selain berjanji untuk menjaga kebajikan pendidikan Rubina dan Azharuddin.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba seminggu selepas itu, kerajaan India pula menawarkan sebuah rumah setiap seorang kepada kanak-kanak berkenaan.

Pemimpin Parti Kongres, Ashok Chavan memberitahu bahawa rumah itu akan siap sepenuhnya beberapa hari lagi.

"Kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai bakat yang besar sehingga dikenali di seluruh dunia. Bagaimanapun, mereka hidup di kawasan yang sangat teruk.

"Kerajaan mahu memberikan kehidupan yang sedikit selesa untuk mereka dengan pemberian rumah ini," kata Chavan melalui satu kenyataan akhbar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: