Wednesday, June 3, 2009

Pelajar maut dirempuh pemandu mabuk


NURU ASIKIN dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital selepas kemalangan yang mengorbankan anaknya di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam.



Sapayu


KOTA BHARU - Seorang lelaki yang dipercayai mabuk ketika memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh seorang pelajar kolej, Sapayu Mohd. Salleh, 18, hingga membawa maut di Wakaf Che Yeh di sini awal pagi semalam.

Turut dirempuh ialah ibu mangsa, Nuru Asikin Yahya, 36, yang cedera parah akibat patah paha kanan. Nuru Asikin dirawat di Hopital Raja Perempuan Zainab II dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 pagi, dua beranak itu sedang berdiri di atas penghadang jalan untuk melintas jalan raya.

"Tiba-tiba saya nampak sebuah pacuan empat roda meluru ke arah kami dan ketika itu Sapayu berada di kiri saya.

"Tangan anak saya kemudian terlepas daripada pegangan dan jatuh terlentang dan meninggal dunia di hujung kaki saya," ujarnya ketika ditemui di wad hospital semalam.

Nuru Asikin berkata, anaknya itu sepatutnya melaporkan diri di sebuah kolej swasta di Melaka pada 25 Jun depan, namun harapan untuk melihat anaknya menyambung pengajian kini musnah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: