Wednesday, June 3, 2009

Lelaki merempat rentung, perut terburai


ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang rentung akibat kebakaran di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kitaran hidup seorang lelaki yang merempat akibat dibuang keluarga berakhir dalam keadaan yang menyayat hati apabila dia ditemui rentung dengan perut terburai sehari selepas rumah yang didiaminya di Jalan Genting Klang terbakar pukul 7 petang kelmarin.

Kosmo! difahamkan pihak bomba yang memadamkan kebakaran tidak menyedari ada penghuni di dalam rumah tersebut.

Mangsa yang berusia 60 tahun dan tidak mempunyai identiti itu dipercayai telah menggunakan rumah kosong itu sebagai tempat tidur sejak beberapa tahun lalu tanpa disedari sesiapa.

Mayatnya dijumpai oleh sekumpulan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menjalankan kerja-kerja penyambungan kabel di kawasan kebakaran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Deputi Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat pada pukul 12 tengah hari semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: