SELEPAS cuba mebuang tabiat mengambil heroin, kokain dan bercerai dengan suaminya Blake-Fielder, kini Amy Winehouse mendapat tabiat baru, alkohol.
Penyanyi kontroversi yang sedang beriadah di Cotton Bay Village resort, St Lucia menghabiskan setiap masanya di bar minum tequila.
Amy kelihatan sungguh gembira dengan tabiat barunya, minum tequila hingga enam gelas untuk satu sesi saja hinggakan mereka yang melihatnya jatuh kasihan.
Apa yang buat orang keliling rungsing melihatnya ialah sikap Amy yang selalu ingin menyendiri dan kemudian mencederakan dirinya dengan pisau.
Walaupun ayahnya Mitch dan produser albumnya cuba memujuknya supaya menumpukan perhatian pada album barunya, Amy seolah-olah sudah hilang minat dan ingin menyendiri.
Semua ini membuat keluarganya seolah-olah putus asa melihat perkembangan Amy yang selalu saja murung dan dalam keadaan depresi.
Hampir 500 ribu pound telah dihabiskan oleh Universal Records untuk penginapan, staff dan segala peralatan untuk mengembalikan mood Amy supaya dia dapat mengulangi kejayaan album 'Back To Black'.
Album ini berjaya mencecah fenomena yang luar biasa hingga terjual 11 juta keping seluruh dunia dalam masa dua minggu saja pada tahun 2006. Sudah dua tahun, Amy cuba menumpukan perhatian pada album ketiganya tapi masih gagal.
Malah kehadirannya di St Lucia Jazz Festival baru-baru ini bagaikan mengesahkan yang Amy tidak mungkin dapat mengulangi kejayaannya yang lalu. Dia hadir dalam keadaan lambat, mabuk dan penuh emosi hingga tidak dapat menyanyi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: