BUKAN senang untuk berlakon. Tanyalah aktres Emily Blunt yang terpaksa membawa dua mood berbeza dalams atu adegan dalam filem 'Gulliver's Travels'.
Emily, yang membawa watak Princess of Lilliputia dalam filem itu terpaksa melepaskan satu tumbukan ke arah penjahat dalam filem itu Edward, lakonan Chris O'Dowd.
Setelah melihat Chris tersungkur, Emily terpaksa pula berlari ke arah hero filem itu Jason Segal, yang bawa watak Horatio dna kemudiannya berkucupan hinggalah pengarah puas hati dengan adegan itu.
"Dua mood yang berbeza dalam satu masa. Ia memerlukan tumpuan dan penghayatan. Saya bangga dapat lakukannya," kata Emily.
Gulliver's Travels diarahkan oleh Rob Letterman, yang pernah memberikan hasil yang cemerlang dalam filem Shark Tale dan Monsters Vs Aliens.
Aktres kelahiran British ini melalui perkembangan karier yang begitu memberangsangkan sejak kebelakangan ini.
Berusia 26 tahun, Emily telah diberi sokongan kuat untuk membawa watak dalam filem ini. Lakonannya yang menarik perhatian pengkritikf ilem sebelum ini ialah di samping Anne Hathaway dalam The Devil Wears Prada, dan bintang utama dalam The Young Victoria awal tahun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: