Sunday, June 21, 2009

Haleeda, Shah sudah nikah?


Haleeda


PAGI Rabu lalu, awal pagi telefon bimbit Diva dikejutkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) daripada seorang teman lama.

Katanya: "Tahu tak, Shah dan Haleeda tu sebenarnya suami isteri. Haleeda isteri kedua pelakon itu."

Kemudian kami berbalas SMS. Diva tanya macam mana dia tahu. Lagipun pelakon Haleeda dan Shah Hassan sudah menjelaskan antara mereka tiada hubungan cinta. Mereka hanya teman di lokasi. Tak baik tabur fitnah.

Tapi kata teman Diva, sebenarnya mereka sudah berkahwin. Cuma biasalah, kahwin dua, mesti sorok-sorok.


Shah


"Mereka kahwin di Siam. Kalau tak percaya cuba tanya budak-budak produksi. Mereka mesti tahu. Dah lama orang-orang produksi tahu, cuma mereka tak mahu campur tangan," katanya lagi.

Diva tak mahu menuduh. Jadi ada teman Diva cuba hubungi si penyanyi Haleeda. Malangnya sejak kes dia diserang isteri Shah di lokasi minggu lalu, Haleeda tak pernah angkat telefon.

Harap-harap lepas keluar gosip ni, Haleeda atau Shah bagi respons la ya.

Diva: Teringat peristiwa serangan di stesen bas.

2 comments:

  1. berita lama! just palsu! dah lama x nampak kak haleeda ni berlakon lagi?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: