Thursday, January 22, 2009

Sudah saman tapi mahu hebahan!


KESIAN pula SS mendengar cerita seorang rakan mengenai artis ini.
Dia pernah mengecapi populariti sebagai penyanyi, tetapi akhir-akhir ini namanya kembali menjadi sebutan bukan kerana kehebatannya dalam bidang seni sebaliknya kerana beberapa kontroversi.

Kisahnya, rakan setugas SS berjumpa dengannya baru-baru ini dan artis ini meminta tolong tulis cerita dirinya dalam akhbar SS.

Senang cakap, minta publisitilah tu dan sememangnya itu kerja SS dan rakan lain memberi hebahan.

Kalau wartawan hiburan, beri publisiti untuk artis, kalau wartawan berita ahli politik dan kalau wartawan sukan kepada ahli sukan.

Dalam sibuk memberi publisiti itu, rakan SS juga menanggung risiko besar bakal terima surat saman kalau ada pihak yang tidak puas hati.

Tetapi ini bukanlah cerita publisiti, tapi pendedahan mengenai satu isu gempar.

Kebetulan pula artis yang SS sebutkan tadi pernah berasa tidak puas hati dengan akhbar SS lalu mengambil keputusan pasang peguam untuk saman akhbar tempat SS cari makan.

Kalau tidak silap SS, kes ini sudah dua tahun berlalu, tetapi hingga kini SS sendiri tidak tahu bagaimana kedudukan kes itu sama ada masih ‘on’ atau sudah dibatalkan.

Biasalah, kalau orang mahu saman kita, takkan dengan murah hati memberi publisiti pula. Jadi, apa yang dilakukan teman SS itu ilah merujuk kes itu kepada pihak peguam syarikat.

Teman SS itu difahamkan, kes berkenaan masih belum ada kesudahannya kerana tiada sebarang surat mengatakan artis itu membatalkan niat.



Apabila perkara itu dirujuk kepada artis itu, katanya, dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak berhubung dengan peguamnya, namun apa yang penting dia memang mahu menarik balik keputusannya itu.



Masalahnya, teman SS tidak boleh percaya dengan cakap mulut saja tanpa ada hitam putih.

Jadi, rakan SS serba salah sedangkan artis itu minta tolong sangat-sangat dengan rakan SS supaya menulis berita mengenai dirinya.

Kata rakan SS, kehidupan artis itu memang tengah kronik sekarang sampaikan rokok rakan SS itu habis ditibainya sebatang demi sebatang sepanjang perbualan itu.

Itulah yang SS tadikan tadi kesian sangat. Kadang-kadang masa tengah marah, tidak fikir panjang.

Dunia ini kecil saja, hari ini kita marah esok mungkin kita perlukan mereka.

Tapi kalau sudah bertindak menggunakan peguam, macam mana, peguam jugalan yang boleh selesaikan.

Lainlah kalau marah-marah, esok lusa boleh minta maaf, tetapi kalau dihantar surat saman, macam mana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: