Semalam, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya menjadi mangsa pembuli jalanraya. Menurut Aleya, dia terbabit dalam kemalangan kecil antara keretanya dan sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki dan kekasihnya.
Menurut Aleya lagi, berlaku pertengkaran kecil ketika dia mahu meminta penjelasan berikutan kemalangan tersebut. Ini menyebabkan 'mat rempit' ini naik berang lalu membuka topi keledarnya dan beliau menghentak cermin belakang kereta Aleya sehingga pecah.
Ketika kejadian jam 9 setengah pagi itu berlaku, Aleya sedang dalam perjalanan ke Seri Pentas untuk bertugas berseorangan. Aleya juga dikatakan trauma akibat kejadian tersebut.

Aleya dikatakan terkejut ketika itu sebelum memberhentikan kereta untuk melihat kesan pelanggaran di bahagian penumpang. Mangga Online difahamkan 'Mat Rempit' tersebut dan teman wanitanya turut memberhentikan motosikal dan ketika itulah Aleya turun cuba meminta penjelasan sebelum berlaku pertengkaran yang menyebabkan tercetusnya sikap tidak samseng lelaki tersebut.
Lelaki tersebut juga dikatakan terus beredar dari tempat kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Aleya yang kini sedang hamil dua bulan telah pun membuat laporan Polis di Balai Polis Mutiara Damansara dan Damansara Uptown. Nasib di pihak Aleya kerana dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Kereta jenis Honda miliknya sudah pun dihantar ke bengkel untuk diganti cermin belakang yang pecah. Kejadian itu juga membuatkan Aleya lewat melaporkan diri untuk bertugas semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: