Wednesday, January 14, 2009

Sabung nyawa ceroboh trek LRT





KUALA LUMPUR - Gadai nyawa ambil barang jatuh!

Itu senario dihadapi pengurusan trek transit aliran ringan (LRT) ekoran tindakan ramai orang sengaja menceroboh trek LRT tanpa memikirkan risiko keselamatan walaupun untuk mengutip barangan yang terjatuh ke atas trek. Perbuatan itu sekali gus menjejaskan perkhidmatan tren.

Ini kerana apabila seseorang itu menceroboh masuk ke trek, tren boleh berhenti secara mengejut dan mengakibatkan penumpang tercedera.


OPERASI tren LRT berhadapan dengan masalah sekiranya berlaku pencerobohan. Gambar kecil ialah rakaman CCTV seorang lelaki menceroboh trek LRT di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Gejala itu didedahkan Pengurus Kanan Operasi Rel, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), Ismail Abdullah yang memberitahu, kejadian trek diceroboh berlaku hampir setiap hari dan boleh melewatkan perkhidmatan LRT.

"Keseluruhan trek mempunyai jaluran keselamatan dipanggil alat pencegahan pencerobohan (PIES) yang bertindak memberhentikan tren secara mengejut lalu menyebabkan penumpang di dalamnya tercedera.

"Tren akan berhenti sekiranya berat sesuatu objek yang jatuh ke atas PIES melebihi tujuh kilogram, sebab itu kalau telefon atau tiket jatuh ke atasnya ia tidak memberikan sebarang kesan," katanya.

Ismail menambah, berdasarkan statistik aliran Kelana Jaya menunjukkan kes pencerobohan yang ketara meningkat berbanding aliran Ampang iaitu 191 kes bagi 2007 manakala 195 kes pada 2008.

"Namun aliran Ampang tidak menunjukkan kenaikan malah ia turun daripada 12 kes pada 2007 kepada 11 kes pada 2008 disebabkan kedudukan tren aliran tersebut sedikit tinggi berbanding aliran Kelana Jaya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: