GUA MUSANG - Untungnya menjadi guru di Dun Paloh, di sini, kerana setiap kali ulang tahun kelahiran, mereka akan menerima sebiji kek daripada Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.
Tidak kira berapa ramai dalam sehari yang menyambut hari kelahiran, sudah pasti kek akan diterima setiap seorang pada hari berkenaan.
Kata Nozula, idea memberikan hadiah berupa kek kepada guru di Dun ini adalah salah satu cara untuk menghargai guru yang banyak membantu dalam mendidik anak-anak di kawasan ini.
"Projek kek untuk guru ini mula diperkenalkan pada awal tahun lalu dan sudah menjadi tradisi untuk diteruskan hingga ke tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.
"Ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim selain mendekati guru-guru di kawasan ini sekaligus menjadi tanda penghargaan buat mereka yang mendidik.
"Walaupun sebiji kek bukanlah nilai kepada usaha murni mereka, namun sekurang-kurangnya ia memberi senyuman. Malah, ada di kalangan guru yang terkejut mendapat kek kerana dia tidak ingat hari lahir sendiri," katanya lagi.
Tambah Nozula, ekoran jadualnya yang tidak menentu, beliau memberikan kepercayaan untuk menghantar kek buat guru-guru yang berkenaan kepada pembantunya, Rahayu Arifin.
"Tugas itu saya serahkan kepada pembantu kerana saya tidak selalu ada di dalam kawasan. Setiap hari, kita akan menyemak tarikh-tarikh lahir guru yang bakal menyambut hari lahir.
"Saya mempunyai semua nama, alamat sekolah dan senarai tarikh lahir guru di Dun ini bagi memudahkan urusan penghantaran," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: