BAGI menjayakan majlis Makan Malam Maahad Tafaqquh Fiddin (MATAF), kumpulan nasyid popular Rabbani berbesar hati untuk sama-sama mengumpul dana.
Majlis tersebut bermatlamat merealisasikan pembinaan kompleks lebih besar.
Wakil Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, majlis untuk mengumpul tabungan itu dijadualkan berlangsung di Dewan Mellinium Kepala Batas, Pulau Pinang itu pada 28 Januari ini.
Pusat tahfiz dan talaqqi yang dibina pada 2013 di Kuala Ketil, Kedah kini dihuni kira-kira 170 pelajar sekali gus memerlukan penambah baikan bagi keselesaan pelajar.
“Maahad ini asalnya dinamakan Pusat Bimbingan Annur yang memulakan operasi kira-kira 10 tahun lalu dengan permulaan seramai 80 murid. Kemudian sekolah berkonsepkan pendidikan Islam berteraskan al-Quran dan Kitab Turath ini dinaik taraf sebagai MATAF.
“Besar harapan kami kemunculan Rabbani mengadakan persembahan khas pada majlis berkenaan dapat menarik syarikat korporat atau persendirian menghulurkan sumbangan,” katanya.
Orang ramai boleh memberi sumbangan menerusi pembelian meja untuk 10 orang berharga RM500 bagi jenis Zamrud, Delima (RM1,500), Berlian (RM3,000) dan Intan (RM5,000).
Sebarang pertanyaan dan info lanjut, bolehlah layari laman Facebook Tafaqquh Fiddin.
Sementara itu, Rabbani masih giat mempromosikan album baru yang diedarkan pada September lalu berjudul Yang Benar.
Mendapat sentuhan Edry Abdul Halim yang juga pencipta lagu hits mereka sebelum ini, Intifada, Rabbani turut bekerjasama dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muhammad Al Ameen selain bersama Black menerusi dendangan berjudul Dalam Aku.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: