KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang warga emas menyimpan dua ekor pelanduk hidup tanpa lesen mengundang padah apabila dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Bukan itu sahaja, tertuduh, Ismail Muda, 72, dari Dungun, turut berdepan penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Keputusan dibuat selepas Ismail mengaku salah menyimpan binatang berkenaan yang merupakan antara jenis hidupan liar dilindungi yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Ismail mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 60 (1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama itu di kediamannya di Felda Kerteh 1, Ketengah Jaya, Dungun, kira-kira jam 1 petang, pada 5 Oktober dua tahun lalu.
Dengan itu, dia berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Suhaina Pejalis @ Farhana di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.
Terdahulu, dalam rayuannya, Ismail merayu agar diringankan hukuman kerana memberi alasan dia tidak bekerja dan berdepan masalah kesihatan yang tidak menentu kerana faktor usianya yang sudah menjangkau 72 tahun.
Selain itu, Ismail mendakwa sebenarnya sebelum ini dia memang berniat untuk mengambil lesen daripada Perhilitan tetapi tidak sempat kerana kediamannya diserbu penguat kuasa terlebih dahulu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: